Kemaskini Baharu Membolehkan Paparan Karya NFT Pada Halaman Behance Anda
Salah satu perkara yang semakin hangat diperkatakan adalah NFT (Non-Fungible Token). Ia merupakan salah satu karya digital yang terjamin keasliannya dan salah satu pengumuman menarik pada acara Adobe MAX tahun ini adalah sokongan mereka terhadap NFT.
Bagi menyokong teknologi dan karya NFT, Adobe mengumumkan sokongan paparan khas pada Behance bagi memaparkan karya berasaskan NFT. Pengguna hanya perlu menghubungkan dompet kripto mereka dan NFT yang telah dihasilkan akan ditambah ke halaman Behance pengguna.
Tetapi lebih dari itu, dan memandangkan Behance merupakan komuniti pereka karya seni yang sangat meriah, pengguna juga boleh berkongsi proses disebalik penciptaan karya NFT tersebut. Ia juga menyokong rangkaian rantaian blok seperti Polygon, Solana, Flow dan Tezos.
Lebih dari itu, Adobe turut bekerjasama dengan OpenSea, Superrare, KnownOrigin dan Rarible dalam program Content Authenticity Initiative. Menerusi program ini, ketulenan NFT tersebut dapat ditentusahkan dan tiada kes pemalsuan NFT.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment