Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video Lebih Cepat Siap Dengan Multi-Frame Rendering Pada After Effects - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video Lebih Cepat Siap Dengan Multi-Frame Rendering Pada After Effects


Kerjaya sebagai video editor merupakan pekerjaan yang renyah, mengambil masa, dan memerlukan keupayaan komputer berprestasi tinggi. Sejajar dengan perubahan teknologi, Adobe akhirnya memperkenalkan Multi-Frame Rendering pada perisian After Effects mereka. 

Kemaskini Multi-Frame Rendering ini membolehkan proses rendering dapat dijalankan dengan lebih pantas dan efisien. Jika dahulu rendering lebih bersifat linear, atau apabila diperlukan pengguna, dengan Speculative Preview, proses rendering dan preview boleh bermula apabila pengguna melakukan kerja lain.

Seperti contoh, sekiranya anda sedang melakukan kerja pada After Effects, kemudian bos anda memanggil anda dan anda meninggalkan komputer sebentar, proses rendering untuk ‘preview’ akan bermula. Sekembalinya anda ke meja anda, anda boleh terus melihat hasil ‘preview’ tersebut. 

Dan memandangkan ‘cache preview’ ini telah dihasilkan, apabila anda ingin melakukan ‘Full rendering’, ia tidak akan mengambil masa yang lama. Ini sekaligus memendekkan tempoh rendering yang diperlukan. Dan jika ia masih mengambil masa yang lama, anda juga boleh mengaktifkan notifikasi pada After Effects.

Dengan aktifnya notifikasi tersebut, sebaik sahaja Rendering disiapkan, notifikasi akan dihantar kepada peranti anda yang mempunyai aplikasi Creative Cloud. Jadi anda boleh meluangkan masa anda untuk melakukan kerja lain, atau berehat sewaktu menunggu rendering siap. 

Satu lagi manfaat dari teknologi Multi-frame Rendering ini adalah Composition Profiler. Composition Profiler akan memberikan petunjuk mengenai masa yang akan diambil oleh sesetengah elemen grafik didalam karya After Effects anda. Seperti contoh dari gambar diatas, terdapat fail yang akan memakan masa bagi proses Rendering akhir, jadi mungkin ada baiknya fail tersebut dioptimasikan terlebih dahulu.

Dengan adanya kemaskini yang menyertakan teknologi Multi-frame Rendering ini, ia pasti dapat menjimatkan masa pengguna After Effects, dan membolehkan mereka lebih laju lagi bukan sahaja untuk menyiapkan kerja, bahkan mengimbangi masa kerja dan keluarga.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.