Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bunuh tunang mahu kahwin lelaki lain, hukuman mati pembantu kedai kekal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bunuh tunang mahu kahwin lelaki lain, hukuman mati pembantu kedai kekal


 

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Muhammad Irshaduddin kerana membunuh tunangnya. (AFP pic)

PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas pembantu kedai tayar kerana membunuh bekas tunangnya yang mahu berkahwin dengan lelaki lain.

Panel tiga hakim diketuai Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan sebulat suara itu selepas menolak rayuan terakhir Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin terhadap sabitan dan hukuman matinya.

Mohd Zawawi yang bersidang bersama Zabariah Mohd Yusof dan Mary Lim Thiam Suan berkata keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Muhammad Irshaduddin dengan kesalahan membunuh adalah selamat, menurut laporan Bernama.

Muhammad Irshaduddin, 28, dihukum mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 7 Mei 2017 atas tuduhan membunuh Nursyafikah Ahmad Ismail, 22.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan parkir motosikal di Pasar Raya Econsave di Jalan Mersing, Kluang antara 5.40 dan 5.45 petang pada 10 April 2015.

Mahkamah Rayuan sebelum ini turut menolak rayuannya pada 22 Mac 2019.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, Muhammad Irshaduddin mendekati mangsa yang sedang berehat di tempat kerja dan meminta untuk berjumpa.

Seorang saksi pendakwaan yang bekerja di pasar raya melihat Muhammad Irshaduddin dan mangsa berbual berhampiran kawasan parkir motosikal sebelum pasangan itu mula bergaduh.

Muhammad Irshaduddin kemudian memegang kepala mangsa dan menghentakkannya ke atas motosikal sebelum menikam badan Nursyafikah.

Semasa membela diri, Muhammad Irshaduddin berkata dia tidak berniat menikam mangsa sehingga mati sebaliknya hanya mahu mencederakan Nursyafikah selepas marah dengan kata-kata yang diucapkan wanita itu kepadanya.

Muhammad Irshaduddin diwakili oleh peguam Mohd Radzi Yatiman dan Mohd Razak Shariff manakala Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron hadir bagi pihak pendakwaan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.