Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis tahan 2 lelaki ‘lalok’ bawa bot pelancong bersama penumpang secara berbahaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis tahan 2 lelaki ‘lalok’ bawa bot pelancong bersama penumpang secara berbahaya


 

Bot pelancong yang dibawa dua lelaki di bawah pengaruh dadah turut dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Laut Mersing untuk tindakan lanjut. (Gambar Facebook)

MERSING: Polis menahan seorang tekong dan seorang awak-awak disyaki berada di bawah pengaruh dadah yang membawa bot pelancong secara berbahaya di perairan Mersing, berhampiran Pulau Rawa di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Cyril Edward Nuing berkata dalam kejadian pada 10 pagi itu bot yang turut membawa lima penumpang selain tekong dan awak-awak warga tempatan itu dikendalikan dengan laju dan berbahaya.

“Kedua-dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 26 tahun itu telah menjalani ujian saringan air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Mereka direman selama tiga hari bermula semalam bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Cyril berkata bot berkenaan turut dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Laut Mersing untuk tindakan selanjutnya.

“Kita juga ingin menasihati pengusaha bot agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan dan mematuhi peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan lebih-lebih lagi ketika berdepan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula awal bulan depan,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.