Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tukang kayu tak mengaku cederakan isteri guna rotan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tukang kayu tak mengaku cederakan isteri guna rotan


 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Seorang tukang kayu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan merotan wanita itu.

Mohd Razik Mansoruddin, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Bapa dua anak itu didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya, seorang pembantu tadbir syarikat swasta berusia 35 tahun di sebuah rumah di Bandar Country Homes, Rawang dekat sini pada 2.30 petang, 3 Okt lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya dan boleh juga dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu dan mendekati mangsa.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang diwakili peguam M Mariappan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.