Hi! Welcome Back and Stay Tune! Individu Bawah Umur Kini Boleh Memohon Gambar Dibuang Dari Google Images - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Individu Bawah Umur Kini Boleh Memohon Gambar Dibuang Dari Google Images


Masalah yang berlaku sekarang ialah gambar yang dimuat naik ke atas talian kemudian akan dipaparkan dalam carian Google Images. Ia kemudiannya digunakan tanpa kebenaran kerana ramai percaya dengan tahyul bahawa gambar di Google boleh digunakan tanpa kebenaran. Isu menjadi semakin serius apabila gambar individu bawah umur turut muncul tanpa kebenaran.

Memandangkan individu bawah umur tidak boleh memberikan kebenaran mengikut undang-undang, Google kini membenarkan mereka memohon untuk membuang imej dari dipaparkan dalam carian Google Images. Sebuah laman khas diterbitkan oleh Google memberikan kriteria gambar yang boleh dipadam bersama dengan pautan untuk melakukan permohonan. Individu hanya perlu memberikan URL carian, kata kunci yang menyebabkan gambar muncul dan imej yang ingin dibuang.

Google kemudian akan memproses permohonan dan individu yang berjaya akan diberikan notifikasi selepas imej dibuang. Pembuangan gambar hanya boleh dilakukan oleh individu bawah 18 tahun. Sekiranya anda kini dewasa dan ingin membuang gambar anda ketika bawah umur, permohonan tidak akan dilayan pada waktu ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.