Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Mencatatkan Pendapatan RM260 Bilion Sepanjang Suku Ketiga 2021 Kerana Permintaan Komponen Elektronik Yang Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Mencatatkan Pendapatan RM260 Bilion Sepanjang Suku Ketiga 2021 Kerana Permintaan Komponen Elektronik Yang Tinggi


2021 boleh dikatakan tahun yang terbaik untuk Samsung dari segi penjualan peranti, khususnya apabila mereka melancarkan siri peranti boleh lipat Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3 mereka yang rata-rata menerima pujian yang cukup tinggi sekali.

Bukan itu sahaja, pada suku ketiga tahun ini, Samsung turut mencatatkan jumlah pendapatan yang sangat tinggi, sebanyak $63 bilion (RM261 bilion) yang merupakan peningkatan 10 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Gabungan jualan peranti dan juga komponen-komponen komputer memperlihatkan jumlah pendapatan yang sangat tinggi ini. Bahagian komponen Samsung, yang mencatatkan pendapatan $22 bilion khususnya daripada bahagian DRAM mereka, yang mana rata-rata banyak pembuat peranti pintar menggunakan komponen tersebut.

Samsung juga mengatakan bahawa komponen-komponen mereka juga mempunyai permintaan yang sangat tinggi dalam sektor perindustrian dan juga penyelidikan untuk tujuan menguasakan adikomputer dan mesin pelayan.

Ia juga tidak mengejutkan bahawa bahagian peranti Samsung mencatatkan jumlah jualan $24 bilion pada suku yang sama, seperti yang dikatakan tadi daripada jualan peranti boleh-lipat mereka. Perkara ini juga membuatkan bahagian paparan skrin Samsung mencatatkan pendapatan suku-ke-suku tertinggi mereka, dimana mereka mencatatkan jualan $7.5 bilion yang mana kebanyakannya adalah daripada jualan paparan OLED.

Samsung juga mengatakan bahawa permintaan untuk komponen-komponen memori dan storan dijangka akan terus meningkat untuk semua sektor, khususnya kerana permintaan untuk perkhidmatan seperti storan awanan, penstriman, malah peranti pengguna dijangka tidak akan menurun pada bila-bila masa.

Walaupun begitu, Samsung berkata bahawa permintaan-permintaan ini boleh dipenuhi dalam jangka masa terdekat ini, walaupun harga komponen dilihat semakin meningkat. Terdapat juga kemungkinan bahawa harga komponen-komponen ini akan stabil menjelang tahun hadapan atau selewat-lewatnya 2023 kelak.

Sumber: Reuters



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.