Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spotify Kurangkan Lagi Harga Langganan Premium Mini – Kini Harian 75 sen, Mingguan RM2.90 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spotify Kurangkan Lagi Harga Langganan Premium Mini – Kini Harian 75 sen, Mingguan RM2.90


Spotify sebelum ini telah memperkenalkan langganan Spotify Premium Mini yang membolehkan pengguna menikmati akses kepada Spotify Premium untuk tempoh terhad – sama ada secara harian atau mingguan.

Ia amat berguna bagi anda yang sedia selesa dengan pelan percuma, tetapi inginkan langganan sementara – sebagai contoh ketika di luar negara dan inginkan akses luar talian.

Ketika pengenalan, Spotify Mini ditawarkan pada harga bermula RM1.50 sehari, sebelum dikurangkan kepada RM1 sehari.

Kini, Spotify mengemaskini sekali lagi harga penawaran, dimana ia ditawarkan pada harga RM0.75 sehari, atau seminggu pada RM2.90 (sebelum ini pada harga RM3.90).

Apa yang menariknya berkenaan dengan pelan Spotify Premium Mini kali ini adalah langganan mingguan dilihat mungkin sedikit menguntungkan beberapa pengguna berbanding langganan tahunan.

Sebagai contoh, untuk setahun, langganan mingguan adalah sekitar RM150.80 (52 minggu * RM2.90), sementara untuk langganan bulanan ianya adalah sekitar RM178.80 (14.90*12).

Namun, dari segi penawaran lain yang membezakan adalah dimana Premium Mini hanya menyokong muat-turun sehingga 30 lagu sahaja, sokongan satu peranti sahaja (berbanding Premium sehingga 5 peranti), selain kualiti audio 160kbps (Premium pada kadar 320kbps).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.