Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Mungkin Akan Melancarkan Nord2 Edisi Pac-Man Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Mungkin Akan Melancarkan Nord2 Edisi Pac-Man Tidak Lama Lagi


Selepas sekian lama tidak mempunyai peranti edisi khas oleh OnePlus dengan jenama terkemuka seperti Star Wars, Avengers, artis terkenal atau juga jenama kereta. OnePlus mula bekerjasama dengan permainan video pula pada OnePlus 8T melalui edisi Cyberpunk. Kemudian dengan TWS OnePlus Buds Z yang mempunyai rekaan unik oleh artis Steven Harrington.

OnePlus 8 dan OnePlus 9 pula tiada kerjasama dengan jenama terkenal, selain pada kamera OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro yang berkolaborasi bersama Hasselblad. Semua peranti yang ada edisi khas ini adalah untuk peranti mercu sahaja, kecuali TWS mereka yang berada dalam kelas pertengahan.

Terkini, OnePlus dikatakan mungkin akan hadir dengan sebuah lagi peranti edisi khas satu lagi permainan video – iaitu Pac-Man. OnePlus dilihat akan bekerjasama dengan Bandai Namco, selepas informasi pada fail kemaskini OxygenOS ditemui mempunyai kod-kod Pac-Man untuk kunci skrin, animasi pengimbas cap jari serta permua Pac-Man 256 – Endless Maze terus terbina pada peranti.

Peniris terkenal Max Jambor turut mengacah yang peranti ini mungkin adalah OnePlus Nord2. Iaitu peranti kelas pertengahan premium mereka dengan cip Dimensity 1200-AI, kamera 50MP IMX766 dan skrin Fluid AMOLED 90Hz. Peranti ini dijual di Malaysia pada harga sekitar RM1699 untuk model asas.

Tidak pasti jika Shopee OnePlus Global akan menjualnya kelak di pasaran tempatan. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.