Hi! Welcome Back and Stay Tune! Squid Game Ialah Kandungan Paling Banyak Ditonton Dalam Sejarah Netflix - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Squid Game Ialah Kandungan Paling Banyak Ditonton Dalam Sejarah Netflix


Siri paling tular di peringkat global pada waktu ini ialah Squid Game di Netflix. Sejak mula ditayangkan sekitar sebulan yang lalu, ia mula menjadi bualan ramai kerana kandungan yang mengkritik ketamakan golongan kaya, eksploitasi golongan miskin dan isu layanan terhadap migran. Hari ini Squid Game disahkan sebagai kandungan yang paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix.

Menurut Netflix, Squid Game ditonton lebih 111 juta akaun pengguna platform mereka. Ia memintas rekod Bridgerton yang ditonton lebih 82 juta akaun selepas dilancarkan. Kejayaan Squid Game ialah sesuatu yang tidak dijangka kerana selama ini kandungan berbahasa Inggeris mendominasi Netflix.

Siri ini berjaya mencapai kedudukan pertama di lebih 90 negara termasuk dunia. Ia melakar sejarah sebagai kandungan Korea Selatan pertama menduduki tangga pertama di Netflix Amerika Syarikat sehingga permintaan untuk mempelajari bahasa Korea turut meningkat di negara tersebut.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.