Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tile Ultra Adalah Penjejak Objek Pertama Tile Dengan Cip UWB Dan Penjejakan Realiti Terimbuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tile Ultra Adalah Penjejak Objek Pertama Tile Dengan Cip UWB Dan Penjejakan Realiti Terimbuh


Januari lalu, Tile dilaporkan akan hadir dengan penjejak objek yang mempunyai cip UWB atau Ultra Wideband. Cip ini menggunakan frekuensi jarak dekat radio sebagai kaedah komunikasi nirwayar untuk menghantar isyarat. Melaluinya, ia boleh digunakan untuk menjejak objek, mencari isyarat atau penghantaran data yang lebih jitu.

Beberapa peranti Android seperti Samsung, Xiaomi, peranti Apple seperti iPhone 12 dan iPhone 13 turut mempunyai cip ini terbina. Penjejak objek seperti Apple AirTag dan Samsung Galaxy SmartTag+ turut mempunyai cip ini. Terkini, Tile mengumumkan kehadiran Tile Ultra yang turut menggunakan cip ini.

Tile Ultra hadir dengan rekaan serba baharu, iaitu segi empat jenis lonjong dan turut mempunyai ruangan rantai kunci terbina. Selain daripada mempunyai cip UWB, ia turut menyokong penjejakan realiti terimbuh yang membenarkan pengguna menggunakan aplikasi mereka pada telefon pintar masing-masing melalui kamera untuk mencari objek dengan lebih mudah.

Walaupun CEO Tile mengadu kerana Apple bersifat tidak adil dengan integrasi Find My untuk penjejak objek, Tile Ultra masih boleh digunakan pada iOS melalui aplikasi tersendiri mereka. Ia turut boleh digunakan pada telefon pintar Android. Harga jualan masih tidak diumumkan lagi, tetapi mereka menjanjikan ia akan hadir seawal 2022 kelak.

Di samping itu, Tile turut mengemaskini Tile Pro, Tile Mate, Tile Slim dan Tile Sticker dengan rekaan serba baharu, bateri sehingga tiga tahun serta menyokong penjejakan mencapai 400 kaki. Ia turut mempunyai perlindungan IP67, sokongan ciri ‘cari dan jumpa‘ seakan Find My oleh Apple dan Smart Things oleh Samsung.

Harga jualan Tile Ultra belum diumumkan, Tile Pro pula mempunyai rekaan sama dengan Pro dengan pilihan warna hitam atau putih pada harga $34.99 (~RM146.19), Tile Mate turut mempunyai pilihan warna sama dengan harga $24.99 (~RM104.41), Tile Slim dan Tile Sticker hanya ada warna hitam dengan harga jualan $34.99/$29.99 (~RM146.19/~RM125.30).

Ia dijual di Amerika Syarikat buat masa ini dan tidak pasti sama ada ia akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.