Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jack Dorsey Sah Meletakkan Jawatan CEO Twitter – Parag Agrawal Akan Mengambil-alih Jawatan Serta-Merta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jack Dorsey Sah Meletakkan Jawatan CEO Twitter – Parag Agrawal Akan Mengambil-alih Jawatan Serta-Merta


Sejam yang lalu, kami melaporkan bahawa terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Jack Dorsey akan meletakkan jawatan beliau sebagai CEO Twitter. Terkini, beliau telah menciap sendiri dan mengesahkan perkara tersebut melalui sebuah kenyataan yang dikeluarkan untuk para pekerja di syarikat media sosial tersebut.

Jack Dorsey akan meletakkan jawatannya sebagai CEO Twitter hari ini, dan jawatan tersebut akan diambil-alih oleh Parag Agrawal, iaitu CTO syarikat tersebut secara serta-merta.

Parag Agrawal merupakan Ketua Pegawai Teknologi syarikat tersebut, dan Jack merasakan bahawa beliau kini berada dalam posisi yang terbaik untuk memajukan platform media sosial tersebut. Ini tidak mengejutkan khususnya apabila kita lihat tentang betapa banyak penambah-baikan yang telah diperlihatkan pada platform Twitter dalam masa beberapa bulan ini, khususnya dengan Twitter API 2.0.

Jack turut mengatakan bahawa beliau akan mengekalkan posisinya dalam badan pengarah syarikat tersebut untuk membantu CEO baru membiasakan dirinya dengan kedudukan baru. Ia dijangka bahawa menjelang bulan Mei tahun 2022 kelak, Jack akan meninggalkan kedudukannya sebagai salah seorang pengarah syarikat tersebut.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.