Rekaan Pengecas 105W Samsung Tertiris Dan Mungkin Untuk Galaxy S22
Samsung tidak memberikan sistem pengecasan terpantas di Android dengan Galaxy S21 Ultra hanya boleh dicas pada output maksimum 25W sahaja. Ini sebenarnya pengurangan prestasi berbanding Galaxy S20 Ultra yang menyokong sehingga 45W. Tetapi besar kemungkinan pada Galxy S22 kelak, Samsung akan akhirnya mengakui kesilapan mereka dan memberikan pengecasan yang jauh lebih pantas.
Laman WinFuture meniriskan rekaan dua pengecasan baharu dari Samsung satu dengan output 45W dan satu lagi dengan output 105W. Pengecas 45W dilengkapi satu port USB-C sahaja. Pengecas 105W pula dilengkapi satu port USB-C 65W, satu port USB-C 25W dan satu port USB-A 15W.
Jadi ini mungkin petanda paling awal bahawa siri Galaxy S22 akan menyokong pengecasan pantas 65W. Sekiranya benar ia masih tidak sepantas yang mampu ditawarkan oleh Xiaomi tetapi masih jauh lebih pantas berbanding pengecasan mereka sekarang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment