Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vivo Y76 Tersenarai Pada Harga RM1599 Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vivo Y76 Tersenarai Pada Harga RM1599 Di Malaysia


Seperti sedia maklum, Vivo Y76 bakal dilancarkan di Malaysia pada hari ini. Namun begitu, beberapa jam sebelum pelancarannya berlangsung, harga jualan peranti dilihat telah tersenarai menerusi laman kedai atas talian rasmi Vivo di Lazada dan Shopee.

Laman Vivo Di Shopee
Laman Vivo Di Lazada

Ia menunjukkan Vivo Y76 (8GB+128GB) ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,599 untuk sebuah. Sesi pra tempah akan dibuka bermula hari ini – 26 November 2021. Lebih menariknya, ia turut didatangkan dengan hadiah percuma yang menarik bernilai hingga RM646.

Dalam pada itu, penyenaraian turut memperlihatkan spesifikasi penuh pada peranti. Vivo Y76 dilengkapi skrin bersaiz 6.58-inci LCD dengan resolusi FHD+ (2408 × 1080piksel). Ia juga dipadankan dengan cip Mediatek Dimensity 700, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 4,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 50MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan adalah 16MP. Lain-lain spesifikasi adalah Bluetooth 5.1, pengimbas cap jari sisi, menjalankan Funtouch OS 12 berasaskan Android 11 dan sebagainya. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Midnight Space dan Cosmic Aurora



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



1 comment:

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.