Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ubat Titis Mata Yang Menghilangkan Rabun Dekat Diluluskan FDA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ubat Titis Mata Yang Menghilangkan Rabun Dekat Diluluskan FDA


Saya sudah berusia 42 tahun dan perkara paling mengecewakan apabila sudah mencapai usia siri-4 ini ialah rabun dekat yang muncul secara tiba-tiba. Masalah rabun dekat Presbyopia adalah isu penglihatan yang dihadapi hampir 2 bilion individu di peringkat global. Kini sebuah ubat titis mata telah diluluskan oleh FDA di Amerika Syarikat untuk menyelesaikan isu ini.

Mata

Ubat titis Vuity yang dibangunkan oleh firma Allergan mampu menyelesaikan isu rabun dekat mengecilkan anak mata. Ini akan memberikan kesan DoF yang menghilangkan masalah rabun dekat. Ubat hanya mengambil masa 15 minit untuk mendatangkan kesan dan bertahan sehingga enam jam. Dengan ubat titis ini isu mereka yang mempunyai masalah rabun dekat perlu menanggalkan cermin mata atau kanta lekap untuk membaca misalnya dapat diselesaikan.

Tidak diketahui pada waktu ini berapakah harga jualan ubat titis mata ini. Yang pasti cermin mata dwi-fokal yang perlu saya beli untuk menyelesaikan masalah rabun dekat dan rabun jauh secara serentak menelan belanja ribuan ringgit selang beberapa tahun. Jika Vuity benar-benar mujarab dan mampu milik, ia penyelesaian yang akan menyenangkan berbilion individu seperti saya.

Sumber



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.