Xiaomi Perkenal Teknologi Penyejukkan Baharu – Loop LiquidCool
Xiaomi kini mengumumkan pengenalan teknologi penyejukkan baharu, dinamakan sebagai Loop LiquidCool. Xiaomi mengatakan teknologi baharu ini menawarkan penyejukkan dua kali ganda lebih baik berbanding dengan penyelesaian penyejukkan berasaskan kebuk wap.
Rekaan teknologi baharu ini mengasingkan udara panas dan juga aliran cecair penyejuk. Aliran sehala pada rekaan baharu ini sekaligus mengelak haba mengalir ke belakang, dan membolehkan penyejukkan dilakukan dengan lebih efektif.
Melalui ujian yang dilakukan, Xiaomi mengatakan ketika memainkan permainan Genshin Impact pada kadar 60fps, peranti dilihat kekal dibawah suhu maksimum, sementara pemprosesan pula pada suhu kurang 8.6℃ berbanding versi biasa.
Xiaomi mengatakan rekaan teknologi penyejukkan baharu ini juga membolehkan rekaan peranti yang nipis dihasilkan, dan lebih ruangan untuk komponen lain.
Xiaomi dijangka menyertakan teknologi Loop LiquidCool ini pada peranti mereka bermula pertengahan kedua 2022 kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment