Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Memperkenalkan Widget Baharu Aplikasi Google Dan Kenangan Baru Pada Google Photos - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Memperkenalkan Widget Baharu Aplikasi Google Dan Kenangan Baru Pada Google Photos


Untuk musim percutian ini, Google menawarkan banyak kemaskini kepada peranti, perkhidmatan dan aplikasi mereka. Daripada fungsi Family Bell, widget baharu untuk tiga aplikasi Google, kunci digital dan yang memfokuskan privasi dan sekuriti semuanya dapat dinikmati oleh pengguna.

Berikut adalah apa yang Google tawarkan bulan ini.

Family Bell Kini Mudah Dikawal Pada Telefon

Family Bell adalah fungsi yang mimik sebagai loceng sekolah yang diperkenalkan oleh Google. Ia kemudiannya dikembangkan menjadi sistem peringatan untuk pengguna yang memiliki peranti berhubung dengan Google Assistant. Kini, ia mudah digunakan pada telefon pula. Dengan musim percutian semakin hampir, Google menyertakan peringatan siram pokok, tonton filem bersama keluarga atau juga mewakilkan diri ke komuniti untuk manfaat mereka yang memerlukan.

Setiap peringatan ini akan diingatkan oleh Google Assistant pada telefon masing-masing dan juga pada pembesar suara pintar atau paparan pintar.

Google Play Books, YouTube Music Dan Google Photos Menerima Widget Baharu

Tiga aplikasi ini iaitu Google Play Books, YouTube Music dan Google Photos telah menerima kemaskini dengan widget baharu. Play Book kini mempunyai widget dengan pustaka pengguna terpapar serta memaparkan status buku audio. YouTube Music pula kini mempunyai kawalan main di widget bersama dengan senarai muzik yang telah dimainkan. Akhir sekali untuk Google Photos, selain boleh memilih bingkai untuk widget – penggua kini boleh pilih individu atau haiwan kesayangan/kegemaran untuk dipin sebagai muka widget.

Kenangan Baru Di Google Photos

Seperti anda tahu, di Google Photos ada fungsi Memories yang memaparkan gambar-gambar lama, memori indah, dan pelbagai lagi dalam bentuk Story. Ia juga cukup bijak untuk memberi kapsyen seperti sedang minum air, mandi kolam, ke pantai dan sebagainya.

A cursor taps on a box that says “Happy Birthday”. A 4-year-old girl with blond hair and blue eyes appears in a series of photos with a birthday cake, all memories from a birthday party event.

Kini Memories pada Google Photos boleh kumpulkan kenangan mengikut musim perayaan dan percutian. Sama ada sedang sambung Hari Jadi, Krismas dan sebagainya akan ada kenangan khas dipaparkan untuk pengguna imbau kembali. Pengguna juga bebas lakukan kustomasi sendiri untuk setiap kenangan ini.

Kunci Kereta Digital Diaktifkan

Peranti Galaxy S21 dan Pixel 6 kini boleh digunakan sebagai kunci digital untuk kereta terpilih BMW.

Anda boleh baca lanjut di pautan di bawah;

Kemaskini Privasi Dan Sekuriti

Untuk pengguna Android 6.0 dan ke atas, Google akan mengedarkan kemaskini sekuriti dan privasi untuk Google Play Protect. Semua aplikasi yang sudah lama tidak digunakan atau diakses, segala kebenaran yang telah diberi oleh pengguna kepada aplikasi untuk akses akan ditetapkan semula seperti aplikasi baru dipasang.

Emoji Kitchen Dengan Emoji Baharu

Emoji Kitchen adalah antara fungsi menarik pada aplikasi papan kekunci Gboard. Ia boleh menggabungkan beberapa emoji menjadi satu emoji/pelekat baharu bagi pengguna meluahkan ekspresi perasaan masing-masing dalam gaya tersendiri. Untuk musim percutian ini, Google menawarkan kemaskini pada dapur emoji ini. Pengguna kini boleh menggabungkan emoji dengan haiwan seperti kucing atau juga gabungkan mana-mana emoji dengan kotak hadiah.

Gif of a cursor selecting the pleading face emoji and the dog emoji to create a pleading dog face sticker


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.