Samsung Galaxy A73 Mungkin Dilengkapi Dengan Kamera 108MP
Pada awal kemunculan Samsung Galaxy A72, rata-rata pengguna berpuas hati dengan penawaran yang diberikan oleh Samsung. Ia dikatakan menarik kerana dibekalkan ciri dan fungsi yang terdapat pada peranti mercu Samsung sebelum ini. Terkini, Samsung dilihat dalam persediaan untuk pengenalan model penggantinya pula iaitu Samsung Galaxy A73.
Rekaannya juga telah mula diperlihatkan dalam beberapa imej pengolokan yang tular. Ia menunjukkan peranti ini mempunyai rekaan yang mirip dengan pendahulunya, Samsung Galazy A72. Panel hadapan adalah sejenis rata dengan rekaan skrin berlubang untuk peletakan kamera hadapan pada bahagian tengah. Panel ini dipercayai menggunakan skrin berukuran 6.7-inci bersama panel AMOLED dan kadar segar semula 90Hz. Selain itu, imej turut memperlihatkan bahagian bawah peranti yang menempatkan port sambungan USB-C bersama pembesar suara dan lubang mikrofon. Tidak seperti pendahulunya, ketiadaan bicu audio 3.5mm yang disertakan adalah kekurangan yang agak ketara.
Ini adalah keadaan yang sama ditemui dalam imej pengolokan untuk Samsung Galaxy A53 sebelum ini. Tetapi usah risau, pengguna juga memerlukan penyesuai khusus ke bicu audio kelak sebagai pilihan. Seterusnya, sistem kuad-kamera masih digunakan di belakang dengan susunan yang sama seperti model sebelum ini. Spekulasi awal mengatakan peranti ini mungkin menggunakan sensor utama sebesar 108-Megapixel. Ia merupakan naik-taraf berbanding pendahulunya yang menggunakan sensor utama sebesar 64-Megapixel.
Samsung Galaxy A73 dijangka dilancarkan sekitar tahun hadapan. Spekulasi awal mengatakan peranti akan dilengkapi cip Snapdragon 750G, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W. Sama-sama nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.
Sumber : OnLeaks
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment