Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Office Kini Menerima Kemaskini Dengan Antaramuka Windows 11 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Office Kini Menerima Kemaskini Dengan Antaramuka Windows 11


Windows 11 adalah sistem operasi Microsoft generasi baru. Ia hadir dengan prubahan drastik, sokongan aplikasi Android, rekaan antaramuka baharu dan banyak lagi. Untuk itu, Microsoft berhasrat untuk selaraskan pelbagai aplikasi mereka menggunakan rekaan sama.

Terkini, Microsoft Office atau Microsoft 365 telah menerima kemaskini untuk perisian-perisian yang tersedia seperti Word, Excel atau PowerPoint. Kemaskini ini membawa perubahan antaramuka yang mirip dengan Windows 11. Ia menggunakan banyak elemen bucu bulat, tetingkap secara lalai mengikut tetapan sistem sama ada cerah atau mod gelap dan Ribbon UI pula dilihat seakan berada di atas panel terapung.

thumbnail image 2 captioned Coming Soon feature

Kesan lutsinar Mica turut akan ditawarkan kepada pengguna Windows 11 dalam kemaskini akan datang. Ia adalah kesan semi-lutsinar yang anda boleh lihat dalam Windows 11 seperti pada tetingkap Widget atau menu Start.

Kemaskini ini turut akan ditawarkan kepada pengguna Windows 10. Cuma, Windows 10 tidak akan menyokong kesan lutsinar Mica dalam kemaskini akan datang. Bagi yang berminat, anda boleh mula semak kemaskini Microsoft Office anda.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.