Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat kanak-kanak reput, berbau ditemui di tebing sungai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat kanak-kanak reput, berbau ditemui di tebing sungai


 

Jantina mayat tidak dapat dikenal pasti berikutan ia sudah reput, namun dianggarkan berusia kira-kira tiga tahun, kata bomba. (Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

JOHOR BAHRU: Mayat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang tidak diketahui jantina, ditemui dalam keadaan reput dan berbau di tebing sungai di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Desa Makmur, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan mayat itu, oleh orang awam pada pukul 10.43 pagi.

“Mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dengan jarak lima kaki dari tebing sungai. Sebahagian daripada tubuh mayat kanak-kanak itu mungkin sudah dimakan haiwan.

“Malah, jantinanya tidak dapat dikenal pasti kerana mayatnya sudah reput, namun dianggarkan berusia kira-kira tiga tahun. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat kanak-kanak itu, dan siasatan termasuk jantina dan latar belakang mangsa sedang dijalankan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.