Kecerdasan Buatan DeepMind Digunakan Untuk Mentafsir Dokumen Purba Yang Tidak Lengkap
Kecerdasan buatan DeepMind memulakan hidup sebagai perisian yang dicipta untuk mengalahkan manusia dalam permainan Go, dan Starcraft. Tetapi ia kini dikembangkan kepada analisa permainan bola sepak, ramalan kajicuaca dan pengaturcaraan. Kemampuannya dipertingkatkan lagi dengan kini ia telah digunakan pula untuk mentafsir dokumen purba yang tidak lengkap.
Menerusi kerjasama dengan ahli sejarah dari England, Greece dan Itali, DeepMind menghasilkan program Ithaca yang mempunyai ketepatan 62% untuk membaik pulih teks purba Yunani yang tidak lengkap, ketepatan 72% dalam meramal lokasi teks dihasilkan dan meneka usia teks dihasilkan dalam lingkungan 30 tahun.
Ini adalah lebih baik berbanding ketepatan sekitar 25% untuk membaik pulih teks purba secara manual. DeepMind kini dalam proses melatih sistem untuk membolehkan Ithaca turut digunakan untuk menganalisa teks purba dalam bahasa Hebrew, Demotic dan Mayan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment