Redmi K50 Akan Menjadi Peranti Pertama Menyokong Bluetooth 5.3
Redmi K50 akan dilancarkan pada 17 Mac ini dan ia antara yang terawal menggunakan cip Dimensity 9000 dan Dimensity 8100. Dengan cip generasi terbaru MediaTek, Redmi K50 juga akan hadir dengan ciri unik iaitu sokongan bluetooth 5.3.
Bluetooth 5.3 mampu menawarkan audio nirwayar pada lebar jalur lebih besar untuk menawarkan penstriman pada kualiti yang lebih tinggi. Di samping itu BT 5.3 juga meningkatkan jarak tambatan aksesori, masa pendam lebih rendah untuk gaming dan penjimatan penggunaan bateri pada peranti.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment