Lazada Memperkenalkan Ciri Time Machine Dan Mencuba Alat Solek Menggunakan AR Sempena Ulang Tahun Ke-10
Lazada akan menyambut ulang tahun ke-10 mereka pada 27 Mac hadapan dengan memperkenalkan beberapa ciri menarik. Ciri pertama yang ditawarkan ialah Time Machine yang membolehkan pelanggan melihat memori pembelian yang telah mereka lakukan selama ini. Tetapi ciri paling unik pula mungkin adalah Virtual Try-On yang membolehkan alat solek keluaran Bobbi Brown, Estée Lauder dan M.A.C dicuba ke wajah menerusi teknologi realiti terimbuh AR.
Selain itu Lazada turut menganjurkan pertandingan #ShareYourEpic untuk pelanggan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, dan Thailand. Bermula sekarang sehingga 22 Mac, sebanyak 20 pemenang dari Malaysia yang menyertai pertandingan menerusi Instagram atau TikTok berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM10,000. Salah seorang kemudian akan bertanding di peringkat Asia Tenggara untuk hadiah bernilai $10,000 pula.
Tidak berakhir di situ, Lazada turut akan menganjurkan konsert hari jadi menerusi penstriman selama 10 jam yang menampilkan artis seperti Ziana Zain, Dolla, Aina Abdul, dan Khai Bahar dengan acara dihoskan pula oleh Nabila Razali dan Nora Danish.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment