Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangunan YouTube Vanced Ditamatkan Selepas Menerima Amaran Google - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangunan YouTube Vanced Ditamatkan Selepas Menerima Amaran Google


Aplikasi YouTube Vanced kini tidak lagi akan ditawarkan kepada pengguna selepas pembangun telah menerima amaran akan dikenakan tindakan undang-undang oleh Google. Vanced ialah aplikasi alternatif untuk YouTube yang membolehkan video dimainkan tanpa sebarang gangguan iklan dan juga boleh digunakan pada peranti tanpa GMS seperti keluaran Huawei.

Pembangun aplikasi tidak memberitahu sebab utama mengapa pembangunan telah ditamatkan. Namun begitu ia pasti berkait rapat dengan penggunaan tanda dagang YouTube yang dipegang oleh Google. Selain menawarkan ciri menampan iklan serta tema gelap, Vanced turut masih menawarkan ciri Dislike yang tidak lagi disokong oleh YouTube secara rasmi.

Bagi pengguna Vanced sedia ada, aplikasi masih akan beroperasi tetapi tidak lagi akan dikemaskini dan akan berhenti beroperasi dalam masa dua tahun. Bagi yang belum pernah mencuba, pautan ke APK masih boleh diakses di laman rasmi tetapi akan dipadam dalam masa beberapa hari sahaja lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.