Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elon Musk – Kesemua Pengguna Twitter Blue Harus Diberikan Calit Pengesahan Identiti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elon Musk – Kesemua Pengguna Twitter Blue Harus Diberikan Calit Pengesahan Identiti


Isu terbesar Twitter ialah proses pengesahan identiti pemilik akaun adalah kompleks dengan kriteria yang agak aneh. Sebagai contoh akaun saya enggan diberikan calit verified oleh Twitter kerana akaun Amanz masih belum memohon untuk mendapatkan calit yang sama. Elon Musk yang kini pemegang saham terbesar Twitter dan dilantik menjadi lembaga pengarah mempunyai beberapa idea menarik untuk pelanggan Twitter Blue.

Beliau menyarankan kesemua pelanggan Twitter Blue diberikan calit pengesahan identiti secara lalai. Sungguhpun begitu menurut beliau tanda calit ini berbeza dari yang diberikan kepada selebriti atau akaun rasmi yang digunakan negara, jabatan kerajaan atau syarikat.

Tambah Musk lagi pelanggan Twitter Blue juga akan bebas dari sebarang paparan pengiklanan yang sejak akhir-akhir ini semakin meningkat pada susur masa. Kesemua ini hanya sekadar saranan tetapi sebagai antara pengguna Twitter paling berprofil tinggi kesemuanya akan diambil lebih serius berbanding permintaan pengguna biasa.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.