Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Ialah Rekaan Belon Yang Akan Membawa Pelancong Ke Angkasa Lepas Menjelang 2024 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Ialah Rekaan Belon Yang Akan Membawa Pelancong Ke Angkasa Lepas Menjelang 2024


Apakah yang boleh anda gunakan untuk pergi ke angkasa lepas? Terdapat beberapa pilihan iaitu menerusi agensi rasmi kerajaan seperti NASA, Roscosmos, ESA atau CSA. Jika anda mempunyai wang lebih anda boleh mencuba nasib dengan membeli tiket yang ditawarkan SpaceX, Blue Origin, Virgin Galactic, dan Axiom Space yang baru sahaja melancarkan misi swasta pertama ke ISS.

Pada tahun 2024, mereka yang ingin ke angkasa lepas boleh menempah pula tiket menerusi World View. Uniknya ialah World View menawarkan pakej ke 30,000 meter yang adalah permulaan angkasa menggunakan sebuah belom helium.

Pada ketinggian ini lengkungan bulat bumi dan permulaan angkasa akan dapat dilihat oleh penumpang. Setiap misi menggunakan kapsul berbentuk heksagon yang menempatkan lapan penumpang dan dua krew. Setiap penerbangan adalah di antara 6-12 jam.

World View merancang menawarkan pelancaran belum dari lokasi pelancongan terkemuka seperti Tembok Besar China, Hutan Amazon, Grand Canyon dan Piramid Giza. Dengan ini syarikat boleh membawa belon ke pelanggan dan bukan sebaliknya. Kelebihan lain sistem belon ini ialah setiap tiket hanya dijual pada harga $50,000 (~RM211,000) seorang sahaja. Jauh lebih mudah berbanding tiket pesaing mereka.

Dengan rekaan telah didedahkan, World View merancang untuk melakukan ujian penerbangan pertama pada tahun 2023.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.