Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vaksin Cancer mRNA Meningkatkan Keberkesanan Rawatan Imunoterapi Dalam Ujian Klinikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vaksin Cancer mRNA Meningkatkan Keberkesanan Rawatan Imunoterapi Dalam Ujian Klinikal


Beberapa calon vaksin kanser sedang diuji oleh BioNTech dan Moderna dengan harapan menjadikan penyakit yang membunuh ini dapat dihapuskan dalam masa satu generasi sahaja. Kini menurut sebuah kajian yang dibentangkan ketika Mesyuarat Tahunan Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika, vaksin mRNA didapati meningkatkan keberkesanan rawatan imunoterapi kanser dalam sebuah ujian klinikal fasa 1.

Ujian dilakukan di Belanda melibatkan 16 peserta dengan penyakit kanser ovari dan testis. Selepas rawatan baharu diberikan, enam daripada mereka menunjukkan penyusutan saiz tumor yang ketara. Pesakit diberikan rawatan imunoterapi CAR-T (Chimeric antigen receptor T) terlebih dahulu yang menyerang antigen claudin 6 (CLDN6) pada permukaan tumor dengan sel-T pesakit sendiri.

Kemudiannya vaksin mRNA yang dihasilkan oleh BioNTech disuntik ke dalam tubuh untuk meningkat jumlah CLDN6 dalam tubuh. Pengenalannya meningkatkan lagi jumlah sel-T dalam tubuh yang kemudiannya menyerang tumor.

Rawatan ini didapati selamat tetapi menyebabkan reaksi yang ke atas 40% peserta yang diberi nama sindrom pelepasan cytokine yang menyebabkan bengkak-bengkak. Ini adalah reaksi normal ke atas rawatan CAR-T dan setakat ini adalah terkawal.

Ujian yang ditaja oleh BioNTech masih di peringkat awal tetapi dengan reaksi positif dalam ujian klinikal pertama, penyelidik akan meningkatkan usaha bagi memastikan ia benar-benar selamat dan mempunyai keberkesanan yang lebih tinggi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.