Hi! Welcome Back and Stay Tune! iOS 16 Mungkin Tidak Menyertakan Perubahan Pada Rekaan Antaramuka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iOS 16 Mungkin Tidak Menyertakan Perubahan Pada Rekaan Antaramuka


Apple iOS 16 dijangka akan diperkenalkan pada WWDC 2022 kelak. Dengan pengumuman versi baharu, semestinya ramai yang menantikan apakah ciri-ciri dan rekaan baharu yang bakal disertakan.

Mengikut laporan awal, ia dikatakan iOS 16 menyertakan pelbagai kod awal untuk set kepala AR, dan interaksinya bersama iPhone. Disamping itu, ia juga dijangka menyertakan kemaskini pada bahagian notifikasi, selain penambahan beberapa ciri-ciri berkaitan kesihatan.

iPhone 13

Namun, Apple dijangka mengekalkan rekaan antaramuka iOS buat masa ini. Kali terakhir kita melihat perubahan drastik pada antaramuka adalah ketika iOS 7. Sejak daripada itu, tiada perubahan besar yang hadir.

Hal ini juga mungkin kerana ramai pengguna sedia selesa dengan antaramuka sedia ada – atau ia sudah lengkap untuk penggunaan masa kini.

Apa pun, laporan sama mengatakan Apple mungkin memperkenalkan antaramuka baharu untuk multitugasan pada iPadOS.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.