Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bandaraya Konsep Telosa Menggantikan Kereta Dengan Pod Peribadi Dan Pod Terbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bandaraya Konsep Telosa Menggantikan Kereta Dengan Pod Peribadi Dan Pod Terbang


Apakah rupa bandaraya masa depan. Dua dekad yang lalu jawapan kepada soalan ini ialah Dubai dengan puluhan menara pencakar langit dan pulau buatan manusia. Tetapi dalam masa dua dekad idea masa hadapan sudah berubah dengan mendadak dengan kepentingan diberikan kepada sistem lebih lestari dan mengurangkan penggunaan kenderaan yang mencemarkan udara.

Bandaraya konsep Telosa ialah idea hartawan Marc Lore untuk membina bandaraya model yang lestari. Beliau menggunakan perkhidmatan firma Bjarke Ingles Group (BIG) untuk menghasilkan rekaan untuk Telosa.

Antara idea yang digunakan ialah mengharamkan penggunaan kenderaan bermotor. Sebaliknya penduduk Telosa menggunakan pod berkuasa elektrik yang dikongsi dengan penduduk bandar yang lain. Selaian itu untuk perjalanan lebih jauh, pod yang sama boleh berubah kepada pod terbang dengan kemampuan VTOL.

Pelbagai jenis dron pula digunakan untuk menghantar bungkusan dan makanan kepada penduduk. Dengan banyaknya tumbuhan hijau, penduduk juga lebih selesa untuk berjalan kaki atau mengayuh basikal ke destinasi yang terletak berhampiran. Buat masa ini Telosa masih sekadar konsep dengan ia mungkin dibina di Nevada, Utah, atau Arizona menjelang 2030.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.