Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi Realme 9i 5G Tertiris Sepenuhnya Ke Arena Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi Realme 9i 5G Tertiris Sepenuhnya Ke Arena Web


Realme 9i 5G belum dilancarkan secara rasmi tetapi spesifikasi utama peranti telah pun tertiris sepenuhnya menerusi perkongsian GSMArena. Selain daripada Dimensity 810, ia juga akan menggunakan skrin IPS LCD FHD+ 90Hz bersaiz 6.6-inci, memori 4GB RAM, storan dalaman mencapai 64GB, kamera utama 50MP + 2MP + 2MP, kamera swafoto 8MP, menjalankan Android 12 dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 18W.

Turut disahkan ialah rekaan peranti dengan tubuh berkotak dan skrin hadapan bertakuk kecil yang rata. Ia juga menampilkan saiz bezel seimbang pada bahagian sisi dan atas, namun terdapat dagu agak besar di bawah. Seterusnya, panel belakang tablet diserlahkan lagi menerusi penggunaan kemasan berkilat dikenali sebagai “Laser Light Design” dengan dua pilihan warna iaitu Gold dan Black.

Telefon pintar ini bakal dilancarkan di India pada 15 Ogos ini dan segala persoalan mengenainya bakal terjawab pada tarikh berkenaan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.