Hi! Welcome Back and Stay Tune! China Membangunkan Kereta Api Maglev Pertama Dengan Magnet Kekal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

China Membangunkan Kereta Api Maglev Pertama Dengan Magnet Kekal


Kereta api maglev mempunyai geseran paling rendah membolehkan ia bergerak pada kelajuan yang tinggi. Masalah utama maglev ialah ia memerlukan sistem elektromagnet untuk mengapungkan gerabak dari landasan kereta api. Di daerah Xingguo, provinsi Jiangxi sistem kereta api Red Rail telah dibuka dengan ia merupakan sistem maglev pertama menggunakan magnet kekal.

Trek ujian sepanjang 800 meter telah dibina bagi menguji kemampuannya membawa penumpang. Tidak seperti sistem maglev yang lain, Red Rail juga tergantung di bawah rel dengan ia mampu membawa 88 penumpang pada satu-satu masa. Kerana ia menggunakan magnet kekal, Red Rail masih boleh terapung sekiranya berlaku gangguan kuasa elektrik.

Menurut pereka Red Rail, penggunaan magnet kekal juga mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 35% berbanding sistem maglev biasa. Terdapat perancangan untuk memanjang trek sehingga 7.5 kilometer dengan Red Rail akan beroperasi pada kelajuan 120 km/j berbanding 80 km/j sahaja sekarang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.