Hi! Welcome Back and Stay Tune! Filem Fall Menggunakan Teknologi Deepfake Untuk Mengubah Pergerakan Bibir Pelakon Selepas Dialog Ditukar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Filem Fall Menggunakan Teknologi Deepfake Untuk Mengubah Pergerakan Bibir Pelakon Selepas Dialog Ditukar


Teknologi audio deepfake telah digunakan untuk menghasilkan suara Val Kilmer dalam dokumentari beliau dan juga dialog beliau dalam filem Top Gun Maverick. Ini adalah kerana beliau tidak lagi boleh bercakap selepas menjalani pembedahan trakeostomi bagi membuang tumor kanser. Tetapi kini teknologi deepfake video digunakan pula dalam filem Fall untuk mengubah pergerakan bibir pelakon selepas dialog diubah.

Lionsgate yang merupakan penerbit filem terpaksa mengubah dialog dalam filem untuk membolehkan ia menerima pengelasan PG-13. Sebelum ini ia diberikan pengelasan R oleh MPAA kerana mempunyai banyak dialog mencarut. Memandangkan filem ini mempunyai bajet yang rendah, penerbit tidak boleh melakukan penggambaran semula babak yang mempunyai carutan.

Teknologi TrueSync membolehkan bibir pelakon digerakkan selari dengan dialog baharu yang telah dirakam semula. Kini filem Fall dapat ditayangkan di pawagam dengan pengelasan PG-13 tanpa masalah audio tidak sama dengan visual.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.