Google Dilaporkan Membatalkan Pembangunan Pixelbook Baharu
Adakah siri Pixelbook akan dihentikan? Menurut laporan The Verge, Google telah membatalkan Pixelbook baharu dan membubarkan pasukan yang terlibat dengan pembangunannya. Ini sekaligus menamatkan era Google menawarkan komputer riba kepada pengguna.
Menurut The Verge yang memetik sumber dalaman, Pixelbook dibatalkan sebagai sebahagian cara untuk mengurangkan kos. Ini selari dengan pengumuman Sundar Pichai dalam memo dalaman kepada kakitangan bawah Google akan mengurangkan pengambilan tenaga kerja baharu serta menilai semula projek yang sedang dijalankan.
Walaupun Pixelbook sudah berkubur, Chrome OS akan diteruskan cuma tanpa perkakasan khusus dari Google. Chromebook adalah komputer riba yang popular di kalangan pelajar kerana kosnya yang lebih rendah tetapi pada waktu yang sama tidak dapat menandingi Windows dan macOS dari segi ciri untuk pengguna yang lebih dewasa.
[sumbr] Sumber – The Verge [/sumber]
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment