Instagram Memperkenalkan Ciri Family Center Untuk Pengguna Malaysia
Instagram hari ini memperkenalkan ciri Family Center buat pengguna di Malaysia yang membolehkan ibu bapa atau penjaga untuk mengawasi kegiatan anak-anak (khususnya berumur 13 – 18 tahun) di aplikasi tersebut.
Hal ini kerana, penggunaan yang tidak terkawal terutamanya dalam kalangan remaja boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini walaupun pada dasarnya media sosial adalah lubuk berkomunikasi.
Pembaharuan itu juga sebagai langkah penting dalam usaha menjadikan Instagram satu platform yang selamat digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Melalui ciri ini, terdapat beberapa perkara yang boleh dipantau seperti interaksi diantara anak-anak bersama pengguna lain yang membolehkan ibu bapa atau penjaga melihat siapa yang diikuti/mengikuti mereka. Dalam masa sama, penjaga turut boleh menerima notifikasi mengenai laporan akaun Instagram tertentu (sekiranya ada).
Seterusnya, ibu bapa atau penjaga turut boleh melihat waktu penggunaan anak-anak di Instagram. Melaluinya terdapat ruangan yang akan memaparkan graf mengenai jumlah masa yang diluangkan oleh anak-anak secara keseluruhan. Kemudian, penggunaan ini turut boleh dihadkan kepada masa tertentu menerusi tetapan yang disediakan.
Menurut Instagram, ciri ini akan mula ditawarkan kepada pengguna bermula Jumaat ini. Pastikan aplikasi telah dikemaskini bagi menikmatinya sekaligus membolehkan ibu bapa atau penjaga peka terhadap anak masing-masing, Sekadar selingan, Snapchat juga pernah hadir dengan penawaran yang sama sebelum ini menerusi ciri Snapchat Family Center.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment