Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kabel Besar TIME Lebih Murah Lebih Nilai – RM 99 500Mbps Untuk 6 Bulan Pertama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kabel Besar TIME Lebih Murah Lebih Nilai – RM 99 500Mbps Untuk 6 Bulan Pertama


Kita sudah masuk ke bulan September, iaitu penghujung suku ketiga tahun 2022. Sedar atau tidak, dalam tahun ini sahaja pelbagai kos hidup semakin naik. Malah dengan kenaikan harga peranti, kadar OPR, ini sekaligus menghimpit pengguna apatah lagi kos infrastruktur.

Kos infrastruktur seperti capaian internet tidak seharusnya bertambah naik. Ini kerana capaian internet merupakan satu utiliti masa kini, sama seperti bekalan elektrik dan juga air, dan telah menjadi keperluan semua. Malah ia juga perlu kekal pada harga mampu milik untuk setiap insan.

500Mbps Untuk RM 99 Sebulan Selama 6 Bulan Pertama – Pakej Permulaan Terbaik Bagi Menikmati Kelajuan Fiber Yang Pantas

Di pasaran, terdapat pelbagai penyedia perkhidmatan internet dan TIME telahpun melancarkan promosi baharu bermula awal Ogos yang lepas. Menyedari harga merupakan satu faktor utama, TIME hadir dengan promosi RM 99 sebulan selama 6 bulan pertama, untuk melanggan pelan internet pada kelajuan 500 Mbps. 

Pelan ini kemudiannya akan dicaj pada harga RM 139 sebulan selepas 6 bulan pertama. Jika anda bandingkan harga tersebut, pada RM 99 bagi mencuba kelajuan 500Mbps, ia adalah sangat mencukupi jika anda merupakan seorang bujang atau keluarga baharu dengan anak yang masih kecil, dan memerlukan kelajuan pada kesemua peranti berasingan.

Boleh diringkaskan bagi kelajuan 500Mbps, anda boleh bermain permainan atas talian, disamping pasangan anda sedang bekerja atau melakukan telesidang tanpa sebarang gangguan. Malah kelajuan 500Mbps adalah sangat baik untuk pemilik bisnes dari rumah, atau mereka yang bekerja dari rumah, untuk melaksanakan pekerjaan yang diberikan.

1GBps Untuk RM 149 Sebulan Selama 6 Bulan Pertama – Harga Patut Untuk Kelajuan Lebih Pantas Berbanding Tawaran Lain

Seterusnya jika itu tidak mencukupi, atau jika anda menyewa rumah bujang beramai-ramai mahupun anda berkeluarga dan terdapat keperluan dari anak-anak untuk belajar secara talian, maka pakej 1Gbps merupakan pakej yang lebih sesuai untuk anda.

Manakan tidak, pada harga promosi RM 149 sebulan selama 6 bulan untuk kelajuan 1Gbps merupakan harga yang sangat menarik bagi anda mencuba kelajuan ini. Pada kelajuan ini, lebih banyak peranti dapat menggunakan rangkaian internet yang sama, dan sambungan internet tidak akan menjadi lemah dan berkurang. 

Harga pakej 1Gbps ini akan berubah kepada harga asal RM 199 selepas tempoh 6 bulan. Jika anda merasa was-was dengan tawaran ini, TIME juga diiktiraf Ookla sebagai Jalur Lebar Paling Konsisten Di Malaysia. Jadi anda boleh yakin dengan perkhidmatan mereka yang juga tetap merangkumi keluarga besar melalui penawaran ini.


Jelas sekali dapat disimpulkan, jika dikirakan dari bayaran dan juga kelajuan internet yang bakal anda peroleh, hanya TIME internet dapat memberikan kelajuan pantas pada harga yang lebih relevan dan tetap kekal mesra dengan kos kehidupan masa kini. Malah jika peranti ada menggunakan WIFI 6, anda pastinya akan menerima kelajuan internet yang pantas.

Dan untuk tempoh terhad, TIME menawarkan promosi eksklusif bagi anda yang mendaftar dengan TIME secara atas talian pada laman web mereka. Anda akan menerima kupon Touch ‘n Go  eWallet bernilai sehingga RM 150. Perlu diingatkan, kesemua tawaran ini diberikan untuk kontrak selama 24 bulan.

Penafian: Advertorial dari TIME



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.