Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Memperkenalkan Pelbagai Widget Untuk Kunci Skrin iOS 16 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Memperkenalkan Pelbagai Widget Untuk Kunci Skrin iOS 16


Apple hari ini telah mengedarkan kemaskini sistem operasi iOS 16 kepada iPhone yang layak. Dengan kemaskini ini, pengguna dapat menikmati kunci skrin yang lebih tersuai, sekuriti yang lebih ketat dengan menjamin keselamatan dan privasi pengguna, sokongan Face ID dalam posisi mendatar, memadam mesej yang telah dihantar menggunakan iMessage dan banyak lagi.

Bersama-sama dengannya, Google turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan sokongan widget untuk pelbagai aplikasi mereka agar boleh digunakan pada kunci skrin iPhone. Aplikasi yang akan mempunyai sokongan ini adalah Search, Chrome, Drive, Google Maps, Gmail dan Google News.

Widget untuk carian membolehkan pengguna mencari sesuatu menggunakan suara, terus terjemah atau menggunakan Google Lens. Untuk Chrome pula, pengguna boleh terus melancarkan pelayar web ini dari kunci skrin dan bermain permainan dinosaur.

Untuk Drive, ia akan mencadangkan fail, terus akses fail kegemaran atau akses fail yang disemat. Untuk Google Maps, mereka hadir dengan widget Maps Frequent Trips yang boleh memaparkan trafik masa nyata, anggaran masa tiba, atau carian destinasi.

Widget Gmail akan memaparkan jumlah emel yang belum dibaca mengikut peti masuk, sementara Google News hadir dengan berita pantas yang perlu tekan untuk baca secara lanjut. Widget ini masih lagi dalam fasa kemaskini dan menurut Google ia akan tiba ke semua pengguna dalam masa beberapa minggu lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.