Clubhouse Membuang Lebih 50% Pekerja
Aplikasi terhangat di awal pandemik ialah Clubhouse kerana penduduk bumi merindukan interaksi sesama manusia lain ketika terkurung ketika PKP. Dengan pandemik semakin dilupakan, nasib Clubhouse kini agak kelam. Pagi ini Clubhouse mengumumkan pembuang lebih 50% tenaga kerja mereka.
Seperti di Facebook, pengurangan tenaga kerja dilakukan di Clubhouse atas sebab untuk meningkatkan kecekapan syarikat. Sejak pandemik mula dilihat sebagai telah berakhir, Clubhouse semakin dilupakan dengan ia gagal menambah jumlah pengguna. Ini tidak dibantu oleh platform media sosial lain seperti Twitter dan Facebook yang turut menawarkan ciri yang serupa dengan Clubhouse. Clubhouse mempunyai sekitar 100 kakitangan pada penghujung 2022.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment