Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Mungkin Telefon Pintar Tahan Lasak Seterusnya Daripada Nokia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Mungkin Telefon Pintar Tahan Lasak Seterusnya Daripada Nokia


Timbul desas-desus mengatakan Nokia dijangka hadir dengan telefon pintar lasak baharu. Hal ini ditemui menerusi salah satu perkongsian WinFuture yang turut mendedahkan rekaan dan spesifikasi pada peranti. Masih belum dapat dipastikan sama ada peranti akan dipasarkan dengan nama Nokia XR atau Nokia XR30. Namun ia hanya digelar sebagai Nokia Sentry 5G buat masa ini.

Peranti ini dipercayai muncul untuk pertama kalinya dalam pelan hala tuju HMD Global sekitar tahun lalu. Ia dipercayai diperlihatkan secara tidak sengaja dalam perbentangan berkenaan bersama sebahagian kecil butiran mengenai peranti.

Ia menunjukkan peranti mempunyai sistem dwi-kamera di belakang tanpa teknologi ZEISS. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana HMD Global dan Zeiss telah menamatkan perkongsian mereka.

Seterusnya panel hadapan peranti ini pula sejenis berlubang di tengah bersama saiz bezel yang agak besar khususnya pada bahagian dagu. Skrin juga dilihat rata bersama sisi yang melengkung, di samping turut memuatkan pengimbas cap jari sisi untuk tujuan sekuriti pada peranti. Peranti juga dipercayai hadir dengan sokongan 5G terbina.

Selain itu pilihan memori pula terdiri dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kemudian kamera utama pula 64MP +8MP, di samping kamera hadapan 16MP. Tidak ketinggalan bateri 4600mAh diberikan dengan sistem pengecasan 33W. Bagi melihat sejauh mana kebenaran kesemua hal yang dikongsi ini, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.