Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelak Apple Watch Boleh Ditambat Pada Lebih Daripada Satu Peranti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelak Apple Watch Boleh Ditambat Pada Lebih Daripada Satu Peranti


Satu perkara yang agak menyusahkan apabila membeli jam tangan pintar ialah ia hanya boleh ditambat kepada satu peranti sahaja. Apple Watch yang merupakan jam tangan pintar paling dominan di pasaran sekarang juga hanya membenarkan satu Apple Watch dipadankan kepada satu iPhone pada satu-satu masa.

Tetapi kini mula kedengaran ura-ura kelak Apple akan membenarkan Apple Watch ditambat kepada lebih daripada satu peranti. Ciapan daripada @analyst941  berkata Apple akan membenarkan Apple Watch ditambat kepada peranti iOS, iPadOS dan macOS secara serentak. Beliau meramalkan ciri ini akan diperkenalkan seawal tahun ini.

Dengan ciri ini tiada lagi keperluan menetapkan semula Apple Watch semata-mata untuk di ditambah kepada sebuah iPhone baharu. Sebelum ini analyst941 meramalkan penggunaan Dynamic Island. Maka beliau mempunyai rekod meramalkan ciri baharu sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Sebagai pengguna ekosistem Google, kami ingin ciri ini juga disokong pada Wear OS kerana agak menyusahkan jam tangan pintar perlu ditetapkan semula setiap kali kami mengulas telefon Android baharu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.