Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kata Laluan Umum Boleh Diteka Dengan Kecerdasan Buatan Dalam Masa Beberapa Saat Sahaja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kata Laluan Umum Boleh Diteka Dengan Kecerdasan Buatan Dalam Masa Beberapa Saat Sahaja


Pemecutan penggunaan dan juga kemajuan teknologi kecerdasan buatan membolehkan orang ramai melakukan pelbagai perkara dengan komputer dan peranti-peranti pintar mereka dalam sekelip mata sahaja.

Kajian terkini daripada Home Security Heroes telah memperlihatkan bahawa teknologi kecerdasan buatan boleh meneka kata-kata laluan paling umum penggunan dalam masa beberapa saat sahaja bergantung kepada kombinasi huruf dan nombor yang digunakan.

Syarikat tersebut menggunakan perisian penjana kata laluan PassGAN yang menggunakan Generative Adversarial Network untuk mencari senarai kata laluan yang telah dikompromi untuk menghasilkan kata laluan yang lebih selamat untuk digunakan.

Secara ringkasnya, PassGAN menggunakan sistem penjana (generator) dan pembeza (discriminator) yang mana sistem penjana akan memberi sistem pembeza data palsu yang membolehkan perisian ini secara keseluruhannya membezakan diantara data kata laluan tertiris yang betul dan juga yang palsu untuk memberi pengguna kata laluan yang lebih selamat dan sukar untuk digodam.

Menurut kajian Home Security Heroes, kata laluan dengan 13 aksara yang menggunakan nombor sahaja boleh diteka dalam masa tiga minit, manakala kata laluan yang menggunakan tujuh aksara dengan gabungan huruf kecil dan besar boleh digodam dalam masa 22 saat.

Walaupun begitu, kata laluan lapan aksara yang menggunakan gabungan huruf kecil, besar, nombor dan simbol memerlukan tujuh jam untuk digodam, dan nombor tersebut meningkat dengan kadar mendadak dengan jumlah aksara yang lebih banyak, dimana gabungan sama dengan 12 aksara akan mengambil PassGAN selama 30 ribu tahun untuk digodam.

Seperti biasa, orang ramai dinasihati untuk menggunakan kata laluan dengan 12-15 aksara menggunakan gabungan huruf kecil, besar nombor dan simbol untuk memastikan kata laluan anda benar-benar selamat Ia juga idea yang baik untuk menggunakan aplikasi pengurus kata laluan supaya anda tidak perlu mengingati kata laluan rumit setiap kali anda perlu melog masuk dalam akaun-akaun atas talian anda.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.