Maybank Perkenal Ciri “Kill Switch” Untuk Sekat Kad Kredit Bagi Sementara Waktu
Maybank sebelum ini sedia menambah ciri “Kill Switch” untuk pengguna Maybank2U dan MAE – membolehkan pengguna nyah-aktifkan akses akaun mereka untuk sementara waktu, sekaligus mengelak sebarang transaksi berlaku.
Ciri ini diperkenalkan dalam usaha untuk memudahkan pengguna menyekat akaun perbankan mereka sekiranya terdapat sebarang transaksi yang mencurigakan.
Melalui kemaskini ciri ini, kini Maybank turut membolehkan pengguna menyekat penggunaan kad kredit dan kad caj untuk sementara waktu sekiranya mengesyaki kad mereka terjejas atau terdapat transaksi yang mencurigakan.
Pengguna Maybank boleh mengakses ciri ini melalui web Maybank2U atau aplikasi MAE.
Setelah menyekatnya, pelanggan hanya boleh mengaktifkan semula kad tersebut dengan mengesahkan diri ke cawangan terdekat, atau melalui khidmat pelanggan di talian 1300 88 6688.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment