Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan NVIDIA GeForce RTX 4070 Founders Edition Diperlihatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan NVIDIA GeForce RTX 4070 Founders Edition Diperlihatkan


Ramai orang yang pasti sedang menunggu akan kedatangan kad grafik kelas pertenghana premium NVIDIA GeForce RTX 4070 khususnya dengan pelbagai tirisan yang diperlihatkan mengenai kad grafik tersebut.

Terkini, nampaknya ia adalah model pertama yang akan hadir dengan rekaan Founders Edition, yang sebelum ini telah dilangkau NVIDIA pada model GeForce RTX 4070 Ti. Untuk model terbaru ini, ia kelihatan mirip seperti kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4080 Founders Edition yang dilancarkan pada tahun lepas.

Sama seperti rekaan kad grafik GeForce RTX 3000 dan GeForce RTX 4000 sebelum ini, kad grafik ini hadir dengan rekaan penyejuk yang lebih panjang berbanding dengan papan litar kad grafik tersebut sendiri. Sama juga seperti kad grafik GeForce RTX 4080, ia menggunakan palam kuasa 12VHPWR 16-pin pada kad grafik ini, manakala kad grafik yang dibangunkan oleh jenama-jenama komponen kelak akan kekal menggunakan palam kuasa 8-pin.

Untuk pilihan palam pula, ia dilihat bahawa kad grafik ini juga akan hadir dengan pilihan satu palam HDMI 2.1 dan juga tiga palam DisplayPort 1.4 sekiranya pengguna mahu menggunakan sehingga empat paparan dengan resolusi 4K.

Dalam pada itu, gambar rekaan kad grafik jenama-jenama komponen seperti GIGABYTE dan MSI, Palit dan ZOTAC juga telah diperlihatkan, yang mana kesemua rekaan kad grafik dari GIGABYTE dilihat hadir dengan penyejuk tiga kipas, manakala yang lain semuanya hadir dengan dua kipas penyejuk.

NVIDIA akan melancarkan kad grafik GeForce RTX 4070 pada 13 April ini, dan akan dijual pada harga $599.

VideoCardz 1,2


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.