Hi! Welcome Back and Stay Tune! ALHUSSEYN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pas Kantoi : at-Takiri konform, Iskandar Samad sangkal kata dua Azmin Ali

Posted: 21 May 2016 12:00 AM PDT

  PETALING JAYA: Tiga EXCO PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.

 Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.

 Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.

 "Azmin 'terkantoi' berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang 'confirm' dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar," katanya kepada FMT. Baca lagi di sini

Tapi pelik pula, PAS Selangor hari ini menyangkal spekulasi berhubung dakwaan 'kata dua' dari Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali supaya tiga exco kerajaan negeri daripada parti itu meletak jawatan jika PAS bertegas mahu calonnya bertanding dalam pilihan raya (PRK) Sungai Besar.

 Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata hasil semasa pertemuan mereka dengan Azmin pada hari Rabu adalah "tidak penting". Baca lagi di sini  The Star pada hari Khamis memetik sumber berkata Azmin telah memberi kata dua kepada tiga exco negeri daripada PAS untuk meletak jawatan pada hari Isnin.

Pening dengan Pas nih....at-Takiri 'confirm' Azmin arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar.

 Iskandar Samad yang berombongan berkejar ke Rusila jumpa Hj Hadi membincangkan 'kata dua' Azmin tiba-tiba menafikan pula .....

 Hj Hadi pula menafikan yang dia ada berkata partinya "lebih suka kawanan lembu Umno daripada kawanan babi DAP"

  Lim Guan Enng cabar Hj Hadi supaya ambil tindakan mahkamah kalau benar berita itu fitnah!

 Nampak sangat Iskandar Samad ni sayang dan kasih sangat dengan dedak yang dia dapat dari Azmin....

  Pas ni memang sudah tak ada integriti .... semua dah ikut perangai Hj Hadi yang suka berbohong.

PAS Menang pun jadi Khadam Umno

Posted: 20 May 2016 09:04 PM PDT


1. Untuk menumpulkan usaha menjatuhkannya sebagai PM, Najib cuba menjadikan gerakan rakyat sebagai gerakan parti-parti pembangkang. Itu tidak benar. Mereka yang menandatangani deklarasi rakyat adalah orang biasa, kebanyakannya bukanpun ahli mana-mana parti politik.

 2. Ia juga cuba mengatakan yang saya telah menyertai pembangkang. Dia tidak menghiraukan bahawa deklarasi itu tidak dibuat atas nama parti-parti pembangkang tetapi di atas nama rakyat Malaysia. Saya bersama gerakan ini sebagai seorang rakyat, bukan sebagai ahli parti politik. Saya juga tidak menyertai mana-mana parti.

 3. Rakyat tidak mendesak untuk menjatuhkan Kerajaan tetapi sekadar menjatuhkan Najib. Jika Najib digugur, parti majoriti masih juga BN. Dengan itu BN akan terus berkuasa dan berhak memilih Perdana Menteri baru. Tetapi tentulah PM yang dipilih bukan seperti Najib, yang amalkan rasuah untuk memenangi pilihanraya dan sokongan dari parti.

 4. Apabila Sarawak mengadakan piliharaya negeri dan BN menang Najib mendakwa kemenangan dirinya sebagai P.M. Sebenarnya kemenangan itu disebabkan dasar Adenan yang utamakan Sarawak.

 5. Apabila saya desak supaya BN dikalahkan dalam pilihanraya kecil di Semenanjung, sebabnya ialah supaya Najib tidak boleh dakwa kemenangan itu sebagai penerimaannya sebagai P.M.

 6. Pilihanraya kecil ini adalah pertandingan antara rakyat dengan Najib. Ia bukan pertandingan antara mana-mana parti lawan dengan BN. Oleh itu saya gesa supaya rakyat mengalahkan calon Najib. Kekalahan BN bermakna kemenangan rakyat melawan pemerintahan kuku besi Najib.

 7. Rakyat perlu sokong siapa juga yang melawan BN sebagai calon rakyat. Tetapi jika rakyat meletak lebih dari satu calon perpecahan dikalangan rakyat akan memberi kemenangan kepada BN.

 8. Rakyat perlu letak hanya satu calon sahaja. Malangnya jika Hadi meletakkan calon PAS ini juga akan menolong BN jika rakyat letak calon melawan BN dan PAS.

 9. Sebab itu untuk mengelak perpecahan dikalangan rakyat, jika PAS letak calon, rakyat perlu bagi sokongan padu kepada calon PAS supaya PAS menang besar dan BN kalah besar.

 10. Kalaupun PAS menang, ia tidak dapat mendiri Kerajaan. Ia cuma akan menjadi hamba kepada BN yang memiliki lebih ramai wakil darinya.

 11. PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding. Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS. Hadi nampaknya sudah terima Cash is King Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah. Itu pilihan Hadi dan itu memanglah haknya. Sebab itulah PAS berpecah.

12. Rakyat perlu ingat bahawa gerakan untuk menjatuh Najib adalah gerakan rakyat. Ia bukan gerakan mana-mana parti pembangkang tertentu. Hanya apabila Najib tidak lagi menjadi PM baharulah demokrasi dapat dikembalikan dan segala tuntutan parti-parti boleh diperjuangkan. Setelah demokrasi kembali rakyat boleh tentukan tuntutan apa yang mereka akan sokong dan siapa yang akan memimpin negara. ~ sumber


from BLOG - BLOG PRO POLITIK http://ift.tt/1TO81Ro
Berita Politik Tempatan Gidei-Giyen-Ginan

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.