Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cucu Tok Selampit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cucu Tok Selampit

Cucu Tok Selampit


Tun Dr Mahathir Naik ETS Untuk Ke Negeri Jelapang Padi? Alhamdulillah

Posted: 21 May 2016 01:02 AM PDT


Alhamduillah. Tergerak juga Mantan Perdana Menteri untuk naik Electric Train Service (ETS) ke utara tanahair iaitu ke Negeri Jelapang Padi. Katanya, malam ini ada ceramah Deklarasi Selamatkan Malaysia di Langkawi bersama anaknya, Boboi ... maaf tersasul, DS Mukhriz Mahathir. Sungguh kuat iltizam Tun Dr Mahathir buat 'roadshow' ke seluruh Malaysia untuk menjatuhkan DS Najib Tun Razak.

Buat pengetahuan Tun, inilah antara nikmat yang diperolehi oleh pengguna-pengguna keretapi hasil daripada usaha Perdana Menteri sekarang, DS Najib Tun Razak. Sejak perlancaran ETS pada 12/08/2010 dan beroperasi sepenuhnya pada 12/07/2015, perjalanan menggunakan keretapi semakin singkat, selesa dan eksklusif. 

Kalau dulu, keretapi di zaman Tun, tidur bangun tidur bangun baru sampai Aloq Setaq. Dekat 10 jam atau lebih dari Kuala Lumpur. Sekarang 4 jam sudah boleh sampai Kuala Lumpur dari Padang Besar. Inikah nikmat yang kau dustakan Tun?


SPAD Akan Menjalankan Panel Inkuiri Berkaitan Insiden Tren

Posted: 21 May 2016 12:50 AM PDT

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan panel inkuiri bagi insiden antara tren Electric Train Service (ETS) dan Ekspres Rakyat di km322 berhampiran stesen Kuala Kubu Bharu yang telah berlaku pada 7 Mei 2016. 

Panel inkuiri tersebut terdiri daripada pakar-pakar industri seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Institut Jurutera Malaysia (IEM), Kementerian Pengangkutan dan pihak akademik.

Seramai 10 penumpang cedera dalam kejadian pada hari tersebut apabila dua tren milik KTMB bertembung di Kuala Kubu Bharu selepas melalui Stesen Komuter Batang Kali.

Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta api 13 gerabak yang bertolak dari Butterworth, Pulau Pinang menghala Kuala Lumpur dan sebuah kereta api ETS enam gerabak dari ibu negara ke Ipoh, Perak.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dan Puchong dikejarkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan pada jam 1.48 tengah hari hari tersebut. Pada ketika kejadian, terdapat 510 penumpang berada dalam kedua-dua kereta api itu.

Melalui hasil siasatan awal oleh KTM Berhad yang akan dibentangkan, panel inkuiri ini akan mengenal pasti punca insiden tersebut, serta kemungkinan kesilapan untuk mengikuti prosedur. Panel ini juga akan menyemak kecekapan tindak balas kecemasan dan menangani jurang keselamatan yang akan dikenalpasti ketika inkuiri dijalankan. Bagi membantu inkuiri ini, individu-individu yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung akan diminta untuk hadir bagi memberikan keterangan.

Insiden ini akan disiasat di bawah Seksyen 161 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD). Berdasarkan inkuiri insiden rel yang pernah dijalankan oleh SPAD, siasatan ini dijangkakan akan mengambil tempoh masa selama tiga (3) bulan.



Projek MRT Lembah Klang (KVMRT) Bakal Menjadi Mod Pengangkutan Utama Pelajar Sekolah

Posted: 19 May 2016 11:00 PM PDT


MRT Lembah Klang (KVMRT) adalah salah satu projek infrastruktur pengangkutan awam darat yang terbesar dilaksanakan di Malaysia setakat ini. Projek ini disenaraikan sebagai Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi Greater Kuala Lumpur (GKL)/ Lembah Klang oleh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), akan mendorong integrasi dan kecekapan pengangkutan awam bandar.

KVMRT Sungai Buloh - Kajang (KVMRT Laluan 1) bermula di Sungai Buloh dan melalui pusat bandar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Kajang. Laluan sepanjang 51km ini mempunyai 31 stesen yang merangkumi stesen bertingkat dan bawah tanah. Kekerapan tren untuk KVMRT Laluan 1 dijangkakan setiap 3.5 minit.

Sebagai agensi yang menyelia projek KVMRT, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertanggungjawab memastikan bahawa pembinaan memenuhi sasaran. Fasa Pertama dari Sungai Buloh ke   Semantan   akan   dibuka   kepada   pengguna menjelang akhir 2016, manakala fasa kedua, dari Semantan ke Kajang akan beroperasi menjelang awal suku ketiga, 2017. Ini akan membolehkan tren beroperasi diseluruh jajarannya.

Apabila telah siap nanti, projek KVMRT laluan Sungai Buluh - Kajang ini mampu membawa penumpang seramai 1,200 dalam satu-satu masa dan mampu beroperasi selama 120 jam tanpa henti. Tambahan pula, apa yang menarik perhatian kami ialah laluan yang dibina akan melalui 17 buah sekolah di mana ia pastinya akan menjadi salah satu pengangkutan awam pilihan pelajar di laluan berkenaan. 17 buah sekolah tersebut adalah:

1) SJK (T) Saraswathy
2) Sri KDU International School
3) SMK Bandar Utama Damansaea (4)
4) Sekolah Menengah Stella Maris
5) SJK (C) Jalan Davidson
6) SMJK (C) Confucian
7) Victoria Institution
8) SMK Cochrane Perkasa
9) SMK Cochrane
10) SMK Yaacob Latig
11) SK Yaacob Latif 1 & 2
12) SMK Convent Jalan Peel
13) SK Seri Cheras
14) SK Convent
15) SM Convent
16) SK Jalan Bukit 1
17) SMK Jalan Bukit

Syabas buat pihak MMC-Gamuda dan SPAD. Pastinya pembinaan projek Rakyat ini pastinya ditunggu-tunggu memandangkan kemudahan ini bukan setakat terjamin keselamatan malah ianya pasti memudahkan pergerakan pelajar untuk ke sekolah tanpa perlu menghadapi kesesakan teruk lalu lintas yang setiap pagi.

Farlim Group Bangunkan Projek Eko-Bandar Raya Antarabangsa Asean Di China

Posted: 19 May 2016 08:45 AM PDT


Pemaju hartanah dari Malaysia, Farlim Group (Malaysia) Bhd telah melabur sebanyak RM9 billion bagi membangunkan Eko-Bandar Raya Antarabangsa Asean di barat laut wilayah Shandong, China. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, TS Lim Gait Tong berkata, bandar raya seluas 10.5 kilometer persegi itu akan menjadi platform pertukaran antara usahawan dan rakyat Asean dengan China. TS Lim Gait Tong adalah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farlim Malaysia dan merupakan Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (HuaZong).

11 projek ekonomi rentas sempadan dirancang untuk bandar raya yang terletak di daerah Qihe, 25 kilometer dari Jinan, bandar pusat Shandong dan pembangunan melibatkan syarikat dari Asean dan China. Apabila projek ini dilaksana sepenuhnya, ia dijangka menjana peluang perniagaan bernilai AS$51 bilion bagi Asean dan China menjelang 2025," katanya menambah projek-projek terbabit akan menghasilkan lebih 250,000 pekerjaan.

Bandar raya itu akan menempatkan pusat pameran perindustrian; perniagaan meliputi perniagaan borong dan runcit, industri komunikasi, digital, perkhidmatan perniagaan, pelancongan, perubatan dan pelancongan perubatan, serta kewangan dan insurans; fasiliti pendidikan tinggi dan latihan, keselamatan makanan dan pensijilan (termasuk pensijilan halal); dan pusat pertukaran kebudayaan China-Asean.

Pembinaan fasa pertama daripada tiga fasa bandar raya itu sudah bermula dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Fasa pertama merangkumi pusat kebudayaan dan komersial Asean-China, sebuah hotel dan spa serta persekitaran mesra hijau bagi generasi muda.

Pengurus Besar Kumpulan Farlim (China) Lim Chuan Boon ketika menerima kunjungan daripada rombongan perdagangan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Malaysia ke China yang diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, berkata sebagai permulaan, mereka akan melancarkan projek yang dinamakan sebagai "Jendela ASEAN" dengan keluasan 17.3 hektar dan jumlah kawasan pembinaan lebih daripada 470,000 meter persegi. Jumlah pelaburan untuk porjek permulaan ini dianggarkan sebanyak RM1.5 billion.

Menurut Lim Chuan Boon, orang Islam merupakan populasi terbesar di kawasan tersebut, oleh itu mereka telah merancang untuk membina satu pusat Hab Halal (Halal Hub) yang bakal menjadi sebahagian besar dalam projek "ASEAN International Eco-City".





Malaysia Dan Arab Saudi Perkukuhkan Kerjasama Dalam Bidang Latihan Kakitangan Penerbangan Awam

Posted: 19 May 2016 08:30 AM PDT


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai telah mengadakan perbincangan yang produktif dengan rakan sejawatnya, Sulaiman Al Hamdan, Menteri Pengangkutan Kerajaan Arab Saudi, hari ini untuk mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi di dalam sektor rel dan penerbangan. Rombongan DS Liow juga telah dibawa membuat lawatan tapak ke lapangan terbang baru Raja Abdul Aziz, Jeddah yang masih dalam pembinaan.

Berikutan hasil lawatan tersebut, Malaysia dan Suruhanjaya Penerbangan Awam Arab Saudi (ACAC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ke arah kerjasama dalam latihan kakitangan penerbangan awam antara kedua-dua negara. DS Liow berkata melalui MoU ini, kerajaan merasa gembira untuk berkongsi program latihan dan kursus dengan peserta dari ACAC. 

Beliau juga yakin bahawa perkongsian yang saling menguntungkan ini akan membuka jalan bagi kerjasama dalam penerbangan awam, yang seterusnya akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan. 

Malaysia, kata DS Liow komited untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan di kalangan negara-negara di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), terutamanya dari segi pembinaan keupayaan. Ini adalah selaras dengan sokongan kerajaan untuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Berikut adalah Kenyataan Media DS Liow:






Bermula 01 Jun Pemilik Kenderaan Boleh Pindah Milik Kenderaan Secara Atas Talian - DS Liow

Posted: 14 May 2016 07:00 AM PDT


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiow Lai memberikan khabar gembira buat semua pemilik kenderaan iaitu bermula 1 Jun, pemilik kini boleh memperbaharui Sijil Hak Milik Kenderaan (VOC) mereka secara dalam talian (online).

Proses pemindahan hak milik kenderaan kini kata DS Liow tidak lagi perlu dilakukan di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan boleh dilakukan secara dalam talian. Langkah itu, katanya dilaksanakan untuk mengurangkan tempoh menunggu dan beratur panjang di kaunter JPJ.

Pemilik baharu juga boleh melakukan pendaftaran sijil VOC mereka di galeri jualan kereta. DS Liow menambah penjual sama ada kereta baharu atau kereta terpakai boleh memindah hak milik dengan hanya mengesahkan pemilik melalui sistem biometrik.

DS Liow berkata Kementerian Pengangkutan akan meneruskan misi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bermula dengan mengurangkan masa menunggu di kaunter. JPJ juga katanya sedang mengkaji cara lebih mudah bagi pemandu untuk memperbaharui lesen memandu mereka.


from BLOG - BLOG PRO POLITIK http://ift.tt/1Tzb43Q
Berita Politik Tempatan Gidei-Giyen-Ginan

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.