Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sungai Batu ada peluang menjadi tapak warisan dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sungai Batu ada peluang menjadi tapak warisan dunia

Kompleks Arkeologi Sungai Batu

SUNGAI PETANI: Kompleks Arkeologi Sungai Batu yang menempatkan antaranya tapak peleburan besi tertua di Asia Tenggara, dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk diangkat sebagai tapak warisan dunia.

Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Dr Zainah Ibrahim berkata ini berdasarkan pengesahan sampel yang telah diuji melalui teknik pentarikhan karbon oleh makmal pentarikhan radiokarbon beta-analytic, Florida, Amerika Syarikat.

“Saya lihat prosesnya akan lebih mudah daripada proses mendapatkan pengiktirafan untuk Royal Belum kerana data Sungai Batu telah dibuktikan secara teknikal dan saintifik.

“Jadi kelayakannya tidak dapat dinafikan. Ini akan memudahkan proses untuk Kompleks Arkeologi Sungai Batu mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco),” katanya
kepada Bernama di sini.

Zainah bagaimanapun berkata Sungai Batu masih belum dicalonkan kerana kerja-kerja penyelidikan dan penggalian masih lagi dijalankan.

“Kita akan jadikan seminar ini sebagai satu platform mengumpul dokumen untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada dokumen sokongan untuk pencalonan.

“Sebahagian daripada pakar-pakar yang hadir pada seminar ini adalah mereka yang akan membuat penilaian ke atas tapak tersebut apabila pencalonan dihantar ke Unesco nanti,” tambahnya.

Selain Sungai Batu, Zainah berkata jabatannya juga sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Unesco bagi beberapa buah tapak antaranya Pulau Sipadan, Sabah; Royal Belum, Perak; Permatang Quarza, Selangor; dan Taman Negara.

“Cuma terdapat sedikit kesukaran untuk proses pengiktirafan Taman Negara kerana kedudukannya terletak di dalam tiga negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu,” tambahnya.

Seramai 29 pakar arkeologi terkemuka dunia berkumpul pada Persidangan Antarabangsa Kedah Tua bagi mengetengahkan tamadun Kedah Tua dan kepentingannya kepada rantau Asia Tenggara.

Seminar dua hari bermula semalam turut membincangkan arkeologi global melibatkan enam tamadun utama dunia termasuk Mesopotamia, Mesoamerica, Mesir, Indus dan Greek Rome.

– BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1RgCW6X

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.