Keluarga mangsa MH17 tuntut saman terhadap Russia dan Putin
PETALING JAYA: Keluarga mangsa nahas pesawat MH17 Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014, bertindak memfailkan saman di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah terhadap Presiden Vladimir Putin dan Russia.
Tiga puluh tiga keluarga itu menuntut pampasan AUS$10 juta (RM29 juta) setiap seorang.
Menurut laporan The Sydney Morning Herald, tuntutan itu difailkan pada pada 9 Mei lalu di mahkamah di Strasbourg oleh firma guaman Sydnet, LHD Lawyers.
Keluarga mangsa yang menuntut saman berkenaan terdiri dari Australia, New Zealand dan Malaysia.
Menurut dakwaan tuntutan, Persekutuan Russia menyembunyikan pembabitannya dalam nahas itu.
Peguam kes tersbeut, Jerry Skinner menyataka kesemua anak guam mereka mahukan jawapan yang kukuh untuk membuktikan Russia ambil berat perkara ini.
“Mereka mahukan wang yang cukup menunjukkan Russia mengambil serius perkara ini,”kata Skinner.
Pegawai Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) memutusakan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu BUK.
Dalam pada itu, pada Februari lalu, satu lagi pasukan siasatan jenayah pula berharap untuk menentukan lokasi sebenar bedilan dilepaskan.
Ia dijangka dikesan dalam masa beberapa bulan lagi.
Sejumlah 298 penumpang dan kru dengan kebanyakannya rakyat Belanda maut dalam kejadian pesawat dinaiki mereka, Boeing 777 itu ditembak dengan peluru berpandu antipesawat, BUK, buatan Russia di ruang udara di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Selain tuntutan terhadap Presiden Russia, laporan itu juga menyatakan beberapa keluarga turut mahu menyaman Malaysia Airlines.
Ia untuk menuntut pampasan kehilangan pendapatan selain ganti rugi bagi trauma psikologi kehilangan orang tersayang.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1TOvtOn
Post a Comment