Hi! Welcome Back and Stay Tune! Resepi Kuih Siput Rangup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Resepi Kuih Siput Rangup

Kuih Siput

 

Resepi Kuih Siput Rangup | Salah satu kuih raya yang agak popular dan disukai oleh ramai orang terutama pada Hari Raya Aidilfitri, kuih siput sememangnya sejenis kuih yang amat sedap, gebu dan cair apabila masuk ke dalam mulut.

Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata kita terjah Resepi Kuih Siput Rangup yang telah dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.

Bahan-Bahan

500 gram tepung gandum
150 gram marjerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
Air

Cara Penyediaan

1. Goreng bawang putih. Kemudian, goreng udang kering pula di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.
2. Cairkan mentega dan sejukkan.
3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.
4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.
5. Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masuk keras.
6. Biarkan doh buat sementara.
7. Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi.
8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

The post Resepi Kuih Siput Rangup appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.