Hi! Welcome Back and Stay Tune! EBIM – Bas Elektrik Rekaan Tempatan Bakal Beroperasi Awal 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

EBIM – Bas Elektrik Rekaan Tempatan Bakal Beroperasi Awal 2017

Kenderaan elektrik mula digunakan secara meluas pada kenderaan peribadi dan komersial. Di Malaysia kadar penggunaan masih lagi di tahap rendah kerana infrastruktur yang masih belum dibangunkan sepenuhnya. Tetapi sudah wujud syarikat tempatan yang menghasilkan kenderaan elekrtik untuk kegunaan pengangkutan awam. EBIM (Elektrik Bas Inovasi Malaysia) ialah bas elektrik rekaan tempatan yang bakal beroperasi di jalan raya Kuala Lumpur seawal 2017.

EBIM-Bas-elektrik-2

EBIM dihasilkan oleh Sync R&D Sdn Bhd dan telah dibangunkan sejak 2011. Bas elektrik 100% elektrik ini mampu bergerak sejauh 200 kilometer sebelum perlu dicas. Tempoh pengecasan pula hanya mengambil masa selama tiga jam. Antara teknologi yang digunakan di dalam bas rekaan anak watan ini ialah sistem brek janaan semula (regenerative braking) yang mengubah tenaga haba yang terhasil kepada tenaga elektrik yang digunakan semula.

Kelebihan bas elekrtik berbanding bas konvensional ialah ia bukan sahaja tidak mencemarkan udara malahan tidak menghasilkan bunyi bising enjin diesel. Penumpang juga akan lebih selesa kerana tidak seperti enjin diesel, bas elektrik tidak menghasilkan gegaran ketika bergerak. Ketiadaan masalah gegaran juga membuatkan bas elektrik lebih tahan lama dengan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

Pengangkutan awam elekrtik buatan tempatan sudah wujud. Terpulang kepada pengusaha untuk berubah kepada sistem kenderaan yang lebih mesra alam, selesa dan paling penting mempunyai kos operasi lebih rendah.

EBIM-Bas-elektrik-3

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29dr34B

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.