Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menggunakan Windows 7 Atau 8.1? Kurang Sebulan Lagi Untuk Anda Boleh Kemaskini Windows 10 Secara Percuma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menggunakan Windows 7 Atau 8.1? Kurang Sebulan Lagi Untuk Anda Boleh Kemaskini Windows 10 Secara Percuma

Microsoft telah memperkenalkan Windows 10 pada tahun lepas, dan ketika pengenalannya, Microsoft telah mengatakan yang mana Windows 10 akan ditawarkan secara percuma untuk para pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.1. Namun, penaik-tarafan percuma ini hendaklah dilakukan dalam tempoh setahun – iaitu sebelum 29 Julai 2016 ini, ataupun pengguna perlu membayar untuk proses naik-taraf berkenaan.

Windows 10 Wallpaper

Selepas naik-taraf ke Windows 10, pengguna akan dapat terus menikmati pelbagai kemaskini sistem operasi secara percuma selepas itu.

Windows 10 menawarkan sejumlah fungsi baru, termasuk antaranya adalah sokongan menu Start yang lebih baik, kebolehan menjalankan aplikasi Windows dalam tetingkap di desktop, sokongan desktop maya, dan sejumlah fungsi baru yang lain.

Bagi anda yang masih kekal menggunakan Windows 7 atau Windows 8.1, mungkin anda boleh menaik-taraf sistem operasi anda sebelum Microsoft mengenakan bayaran untuknya selepas penghujung bulan ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29szNWv

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.