Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiny1 – Kamera Video Pintar Khas Untuk Peminat Astronomi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiny1 – Kamera Video Pintar Khas Untuk Peminat Astronomi

Terdapat puluhan jenis kamera di pasaran sekarang untuk pelbagai kegunaan. Kamera pada peranti pintar yang sedia ada adalah yang paling popular dan terbaik untuk muat naik ke media sosial. GoPro dan Yi Camera pula dua kamera aksi untuk peminat sukan lasak. Bagaimana pula untuk peminat bidang astronomi? Mereka ini mungkin golongan yang jarang anda temui dan hanya diketahui kewujudannya ketika ingin menyambut puasa dan gerhana bulan. Tiny1 ialah kamera kompak pintar yang direka khas untuk peminat astronomi.

tiny1-astronomi kamera 2Kamera kompak ini bukan sahaja boleh mengambil gambar tetapi turut boleh merakam video pada resolusi QHD menerusi kamera 4 Megapixel f1/2. Apa yang membuatkannya unik ialah perisian yang boleh mencari kedudukan planet tertentu di langit. Sekiranya anda mahu mencari Marikh misalnya, hanya lakukan carian pada kamera dan sistem arahan seperti Waze akan membantu anda meletakkan kamera pada arah yang betul.

Kamera Tiny1 ini boleh ditambat kepada peranti Android dan iOS bagi memudahkan perkongsian gambar ke media sosial. Dari segi kemampuan kamera pula ia menyokong format RAW dan DNG. Penyesuai lensa disertakan bagi membolehkan Tiny1 menyokong lensa DSLR dan teleskop. Tiny1 masih sedang mengumpul dana menerusi Indiegogo bagi penghasilan besar-besaran dan boleh ditempah pada harga $399 (~RM 1596) sebuah.

tiny1-astronomi-kamera-3






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29rTAoS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.